NADI X Lifelong Learning (NADI TinyTechies) Bengkel Sumo Robot Sesi 4
9 November 2025 | Aktiviti TerkiniBengkel Sumo Robot adalah salah satu program yang dianjurkan oleh NADI X TinyTechies yang berteraskan kemahiran ataupun pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung di NADI pada setiap bulan. Program ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga menengah mengikut silibus yang ditentukan bersesuaian dengan tahap umur pelajar. Maklamat asas program ini dianjurkan adalah untuk memperluas akses Pendidikan kepada pelajar khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan memberikan pembelajaran secara inklusif dan berkualiti.
Pendekatan secara interaktif dan menyeronokkan ini juga memperkenalkan pelbagai kursus ataupun pembelajaran berkenaan asas robotic dan kemahiran Internet of Thing (IoT) kepada generasi baharu melalui modul robotik yang direka khas.
Sebanyak 5 orang peserta yang berdaftar di NADI Pokok Sena telah mengambil peluang ini untuk menyertai Sesi 4 Bengkel Sumo Robot yang diadakan pada 8 November yang lalu. Pada perkongsian bengkel ini, para peserta akan dibimbing oleh guru terlatih untuk membina robot sumo bagi memastikan setiap sambungan robot adalah betul dan tepat. Kelas ini dilihat memberi banyak manfaat iaitu dengan memastikan pelajar-pelajar dapat mengisi masa terluang pada hujung minggu dengan aktiviti berfaedah di samping dapat melatih ereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: